fbpx

ASP, sarjan direman terima rasuah bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesemua tertuduh hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiring pegawai SPRM.

SHAH ALAM – Seorang pegawai kanan polis berpangkat Asisten Superintendan direman selama tiga hari bermula hari ini atas kesalahan menerima rasuah bulanan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja warga asing dua tahun lalu.

Turut direman adalah dua anggota polis berpangkat sarjan termasuk seorang daripadanya telah bersara selain seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat pembekal pekerja asing.

Perintah reman terhadap keempat-empat suspek berusia 39 hingga 60 tahun dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali.

Terdahulu kesemua mereka hadir ke kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 9 pagi dengan memakai pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diiring pegawai SPRM.

Menurut sumber, keempat-empat suspek itu ditahan di antara pukul 9.50 hingga 9.57 malam tadi selepas hadir
memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati tiga termasuk pegawai kanan polis itu menerima rasuah secara bulanan RM500 hingga 5,000 daripada seorang wanita yang merupakan pemilik syarikat pembekal pekerja asing.

“Rasuah tersebut sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Kesalahan tersebut dilakukan mereka antara tahun 2018 dan 2019,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim menegaskan kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI