fbpx

APM perlu lengkap disiplin ilmu pelbagai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Sallehhuddin (dua dari kanan) menyerahkan replica kunci Pusat Latihan Pertahanan Awam (PULAPAS) Kluang Fasa 2 kepada Roslan Wahab.

Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT

KLUANG – Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) perlu melengkapan diri dengan pelbagai displin ilmu pengetahuan dan kemahiran relevan.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Sallehhuddin Hassan berkata, hal itu penting bagi membolehkan APM mendepani cabaran semasa dalam soal pertahanan awam.

”Kemudahan dan peralatan latihan operasi yang moden juga penting supaya anggota dan pegawai APM dapat membantu meningkatkan kecekapan serta keberkesanan dalam melaksanakan tugas.

”Kemudahan yang mencukupi, anggota yang kompeten dan modul latihan bersesuaian juga sejajar dengan saranan Perdana Menteri untuk mengutamakan konsep tanggungjawab bersama dalam menjalankan fungsi kerajaan.

”Semua warga APM hendaklah sentiasa mendokong aspirasi kerajaan dan menonjolkan budaya kerja yang cemerlang bagi memastikan perkhidmatan APM sentiasa bersifat dinamik dan memenuhi kehendak serta piawaian ahli pemegang taruh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan selepas Majlis Penyerahan Projek Pusat Latihan Pertahanan Awam (Pulapas) Kluang Fasa 2 di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) Ir Radzwan Kasim dan Ketua Pesuruhjaya APM Datuk Roslan Wahab.

Dalam pada itu, Radzwan berkata, JKR telah dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek itu bermula 1 Oktober 2017 dengan kos asal projek sebanyak RM46.48 juta

”Skop utama projek ini adalah satu blok latihan tiga tingkat, satu blok dewan perhimpunan, satu blok asrama lelaki tiga tingkat, satu blok asrama perempuan dua tingkat dan satu blok dewan makan yang kesemuanya menggunakan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS).

”Pulapas turut dilengkapi surau, kolam latihan bersaiz olimpik, satu blok astaka, menara latihan enam tingkat dan ruang tertutup,” katanya.

Beliau berkata, bersyukur kerana dapat menyiapkan projek berkenaan pada 9 September 2020 dan mencapai sasaran Penunjuk Prestasi Utama (KPI) ditetapkan.

”Antaranya, penjimatan kos sebanyak RM5 juta mendapat pengiktirafan SHASSIC dan kemasan mutu kerja mengikut kualiti Q-lasic daripada Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) selain sifar kemalangan di tapak bina dan penggunaan longkang mesra alam serta perlaksanaan amalan lestari ’go green’ di tapak bina,” katanya.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI