fbpx

Amyra Dastur taja tiga pelajar miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMYRA DASTUR

AKTRES Amyra Dastur telah membiayai kos pendidikan tiga remaja perempuan miskin melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelakon berusia 27 tahun itu terpanggil menampung pengajian tiga remaja tersebut kerana merasakan wanita di India perlu diberi pembelaan dan peluang menyambung pengajian.

“Sebagai salah seorang wanita India, saya bertanggungjawab untuk memastikan wanita lain yang tidak berkemampuan dibantu supaya mereka dapat mencapai cita-cita,” katanya.

Bintang filem Issaq itu menambah, kini banyak badan kebajikan tidak mampu menghulurkan bantuan pendidikan ekoran pandemik Covid-19.

“Saya berasa gembira dan bangga dapat membantu mereka dan saya lakukan ini bukan semata-mata untuk meraih perhatian,” kata Amyra.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI