fbpx

4 ADUN sah positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kini disahkan positif Covid-19 selepas mereka pulang ke Semenanjung dari Sabah.

Mereka ialah ADUN Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof; ADUN Lunas, Azman Nasrudin; ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor dan ADUN Kampung Tunku, Lim Yi Wei.

Kesemua ADUN yang didapati positif tersebut telah ke Sabah baru-baru ini bagi membantu parti masing-masing bagi kempen pilihan raya negeri.

Amiruddin didapati positif Covid-19 pada 30 September lalu walaupun disahkan negatif apabila pulang ke Semenanjung pada 28 September.

Menurutnya, dia menjalankan aktiviti harian seperti biasa namun dimaklumkan Exco Kesihatan bahawa dirinya positif lalu dimasukkan ke Hospital Besar Melaka.

Sementara itu, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Juhari Bulat mengesahkan kepada media pada 2 Oktober lalu bahawa Azman yang merupakan Exco Pertanian dan Industri Asas Tani positif wabah berkenaan.

Isteri Azman yang merupakan seorang guru sekolah di Penaga turut disahkan positif wabak itu, yang mana jangkitan itu dikatakan berpunca daripada pembantu peribadi Azman.

Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga di arahkan tutup berkuat kuasa 1 Oktober lalu akibat jangkitan tersebut.

ADUN tersebut berserta isteri dan pembantu peribadinya ditempat di Hospital Sultanah Bahiyah bagi tujuan rawatan.

Terbaharu, Shatiri turut mengesahkan bahawa dia, isteri dan dua anaknya positif Covid-19 menerusi rakaman video yang dimuat naiknya di laman Facebook semalam.

Shatiri dan ahli keluarga kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Yi Wei turut mengesahkan dia positif wabak tersebut semalam walaupun ujian awal menunjukkan dia negatif Covid-19.

Katanya, ujian saringan pertama pada 27 September lalu menunjukkan keputusan negatif namun ujian kedua pada 2 Oktober lalu mengesahkan dia positif Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI