fbpx

77 staf USIM disaring, kampus beroperasi seperti biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kakitangan USIM yang menjalani saringan ujian swab hari ini di Pusat Kesihatan USIM, Nilai dekat sini.

Oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI

SEREMBAN – Seramai 77 staf Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menjalani saringan ujian swab Covid-19 selepas dikenal pasti sebagai kumpulan kontak kedua (kontak papat) yang terlibat dalam program yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri di universiti tersebut pada 2 Oktober lalu.

Pusat Komunikasi Strategik USIM dalam satu kenyataan berkata, pihak universiti turut mengambil langkah mengarahkan staf dari beberapa jabatan yang terlibat di dalam program yang melibatkan Zukifli untuk melaksanakan kuarantin kendiri.

“Seramai 77 staf USIM yang dikenal pasti sebagai kumpulan kontak rapat oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan, Kementerian Kesihatan (KKM) di ambil ujian swab mulai pukul 2.30 petang hari ini di Pusat Kesihatan USIM.

“Kakitangan yang terlibat perlu melaksanakan kuarantin kendiri dan bekerja daripada rumah selama 14 hari mulai 6 sehingga 19 Oktober 2020,” katanya.

Sementara itu, tambah kenyataan tersebut, berdasarkan taklimat oleh Pejabat Kesihatan Negeri Sembilan kepada pihak pengurusan universiti, tiada keperluan untuk USIM menutup operasi kampusnya dan boleh meneruskan operasinya seperti biasa.

“Sukacita dimaklumkan operasi kampus USIM adalah berjalan seperti biasa dengan hanya beberapa jabatan sahaja ditutup sementara waktu sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Dalam pada itu, pihak universiti telah melaksanakan proses sanitasi di beberapa lokasi di dalam kampus yang melibatkan keberadaan Zulkifli oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pihak universiti juga menasihatkan semua staf yang terlibat ini untuk melaksanakan kuarantin kendiri yang sebaiknya di kediaman masing-masing sehingga keputusan ujian diperolehi.

“Masyarakat sekitar kampus dan warga USIM diminta untuk kekal bertenang, tidak panik dan sentiasa menjaga kebersihan diri dan mematuhi nasihat yang dikeluarkan oleh KKM,” katanya.

Pihak USIM telah mengambil segala langkah perlu berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) dan sekiranya didapati menghadapi gelaja-dijangkiti Covid-19, staf diminta segera berhubung dengan Pusat Kesihatan USIM.

Zulkifli semalam mengesahkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19 justeru beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI