fbpx

6 syarikat telekomunikasi dikompaun RM700,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Sebanyak 15 kompaun bernilai RM700,000 telah dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kepada syarikat-syarikat telekomunikasi atas kesalahan pendaftaran kad sim prabayar tanpa membuat pengesahan maklumat pengguna.

SKMM dalam satu kenyataan berkata, kesemua kompaun bagi kesalahan yang dilakukan tahun lalu itu meliputi kesalahan di bawah Seksyen 127 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dibaca bersama Seksyen 242 Akta sama.

Katanya, ia memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara dua tahun atau keduaduanya sekali jika sabit kesalahan.

“Mendahului senarai penerima jumlah kompaun tertinggi ialah U Mobile Sdn. Bhd. dengan lima kompaun bernilai RM250,000. Ini diikuti dengan Celcom Axiata Berhad dan Tune Talk Sdn. Bh., masing-masing dengan tiga kompaun bernilai RM150,000.

“Maxis Broadband Sdn. Bhd. pula dikenakan sebanyak dua kompaun bernilai RM100,000 manakala YTL Communications Sdn. Bhd. dan Tone Plus Sdn. Bhd. masing-masing dengan satu kompaun bernilai RM40,000 dan RM10,000,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI