fbpx

West Ham calar rekod bersih Leicester

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONIO (kanan) bersaing merebut bola dengan pemain pertahanan Leicester, Jonny Evans yang menyaksikan West Ham menang 3-0 di Stadium King Power semalam. – AFP

LEICESTER – Aksi tanpa kalah Leicester City dalam tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini akhirnya lebur selepas mencatat kekalahan 0-3 kepada West Ham United di Stadium King Power semalam.

West Ham seolah-olah melepaskan geram dalam perlawanan itu selepas tersingkir daripada saingan Piala Liga susulan kekalahan memalukan 1-4 kepada Everton pada minggu lalu.

Dalam aksi itu, The Hammers berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi tandukan penyerang sensasinya, Michail Antonio selepas menerima hantaran cantik daripada bek kiri, Aaron Cresswell.

Usaha The Foxes memburu gol penyamaan tidak membuahkan hasil, sebaliknya pasukan pelawat menggandakan kedudukan menerusi percubaan Pablo Fornals selepas berjaya melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-34.

Kecemerlangan skuad bim­bingan David Moyes itu tidak terhenti di situ apabila kali ini giliran Jarrod Bowen menambah derita Leicester dengan meledak gol ketiga West Ham pada minit ke-83.

Usaha Leicester untuk me­raih sekurang-kurangnya gol sagu hati pada aksi tersebut tidak kesampaian apabila jaringan Harvey Barnes pada lewat permainan dibatalkan pengadil perlawanan selepas Jamie Vardy didapati berada dalam kedudukan ofsaid.

Sementara itu, Southampton berjaya mencatat kemenangan kedua dalam saingan EPL selepas menewaskan West Bromwich Albion 2-0 menerusi jaringan Moussa Djenepo dan Oriol Romeu pada aksi di Stadium St. Mary semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI