fbpx

Tuan rumah melecur, tiga motosikal hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Bagan Jermal, Butterworth hari ini. Foto IHSAN BOMBA

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga emas cedera, manakala tiga buah motosikal yang diletakkan di hadapan sebuah rumah dilaporkan hangus dalam kejadian kebakaran di Kampung Bagan Jermal, Butterworth di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu yang melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat kira-kira pukul 4 pagi.

“Rumah tersebut yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 750 kaki persegi terbakar sebanyak 85 peratus.

“Penghuninya iaitu lelaki warga emas melecur, manakala tiga buah motosikal hangus sebelum api berjaya dikawal pukul 4.31 pagi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 70-an yang cedera berada dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya di sini bagi rawatan.

Jurucakap itu berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Operasi itu digerakkan oleh pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Butterworth dan Perai selain dibantu pasukan bomba sukarela. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI