fbpx

Tengku Zafrul jalani kuarantin di rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan menjalani menjalani pemantauan kesihatan kendiri di rumah seperti disarankan Kementerian Kesihatan.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Tengku Zafrul turut mengesahkan beliau hadir pada mesyuarat yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu lalu.

“Saya terlibat dalam mesyuarat yang dihadiri oleh Menteri Hal Ehwal Agama, yang baru disahkan positif Covid-19 hari ini.

“Saya mendoakan agar YB Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri segera sembuh,” katanya.

Katanya, beliau juga akan melakukan tugasan dari rumah dan bermesyuarat secara maya.

Menurutnya lagi, beliau sudah mengambil ujian saringan Covid-19 pada tengah hari tadi.

“Keputusan akan dimaklumkan apabila diperolehi,” katanya.

Petang tadi, Dr Zulkifli mengesahkan beliau sah positif Covid-19 dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI