fbpx

Seorang pekerja di 1Utama positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak 1Utama melakukan proses sanitasi di premis tersebut sebagainya langkah mitigasi awal.

KUALA LUMPUR- Seorang pekerja di stor Mac City Service di pusat beli-belah 1Utama difahamkan telah didapati positif Covid-19.

Pengurusan 1Utama dalam satu kenyataan hari berkata, mereka dimaklumkan secara lisan mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pekerja berkenaan tidak memasuki premis 1Utama selepas 30 September lalu.

“Kami teleh menjejaki pintu masuk pekerja itu dan mengesahkan suhu badannya di bawah 37.5 darjah Celsius.

“Pekerja itu kini berada di sebuah hospital kerajaan.

“Kami masih belum menerima notifikasi rasmi daripada pihak Kementerian Kesihatan,” menurut 1Utama dalam satu kenyataan hari ini.

Pusat beli-belah itu telah mengambil langkah mitigasi awal bagi menghadkan risiko penularan wabak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI