fbpx

Remaja maut dilanggar lori muatan arang batu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lori membawa muatan arang batu yang merempuh motosikal Honda EX5 dinaiki Bazli Shah di Kilometer 173, Jalan Jerangau - Jabor berhampiran persimpangan Felda Neram 1 dekat Kemaman hari ini.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal Honda EX5 yang dinaikinya bergesel dengan sebuah lori membawa muatan arang batu di Kilometer 173, Jalan Jerangau – Jabor berhampiran persimpangan Felda Neram 1 dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12.53 tengah malam itu, mangsa, Bazli Shah Abdul Razak, 17, yang merupakan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Cheneh dekat sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggangi Bazli Shah berada di hadapan lori membawa muatan arang batu itu menuju ke Felda Neram 1 dekat sini.

“Sewaktu hampir tiba di persimpangan tersebut, pemandu lori treler berkenaan memotong motosikal dinaiki mangsa.

“Pemandu lori membelok memasuki simpang itu tanpa menyedari salah satu tayar belakang sebelah kiri telah terlanggar motosikal mangsa,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak pelanggaran tersebut telah menyebabkan Bazli Shah terjatuh sebelum mati serta-merta di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut beliau, mayat remaja berkenaan telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman di sini untuk dibedah siasat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI