fbpx

Penduduk kecewa ada pihak lepas tangan isu sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Longgokan sampah disyaki sisa industri di tapak pelupusan haram berhampiran Kampung Padang Jawa, Shah Alam di sini. FOTO : ABDUL RAZAK IDRIS

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SHAH ALAM – Kira-kira 2,000 penduduk Kampung Jawa di sini kecewa dengan sikap beberapa agensi yang didakwa lepas tangan berhubung isu tapak pelupusan sampah berhampiran kampung mereka.

Wakil penduduk, Yuswan Hamza, 44, berkata, ini berikutan terdapat beberapa agensi menolak isu tersebut kepada pihak lain selepas melakukan pemeriksaan.

Katanya, pihaknya kemudiannya berhubung terus dengan Jabatan Alam Sekitar untuk menyelesaikan kes tersebut.

“Kita kesal kerana masing-masing seakan tidak mahu dipertanggungjawabkan dengan masalah penduduk di sini.

“Saya terpaksa membuat aduan kepada JAS kerana pencemaran tersebut masih berlaku hingga saat ini. Pihak berkuasa sepatutnya sudah datang dan menyita tapak pelupusan sampah tersebut ,”katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan penduduk Kampung Jawa di sini sudah tidak kerana terpaksa menghidu bau busuk daripada tapak pembuangan sampah haram yang terletak hanya 30 meter dari rumah mereka.

Masalah yang menghantui mereka sejak tiga bulan lalu itu didakwa bermula apabila tapak pelupusan seluas 0.25 hektar itu dijadikan tempat longgoka pembuangan sisa pelbagai industri.

Mengulas lanjut, Yuswan menjelaskan turut membuat aduan kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kerana tapak pelupusan sampah tidak berpapan tanda itu berada di atas rezab syarikat pengangkutan tersebut.

“Berdasarkan aduan yang dibuat saya difahamkan pihak KTMB akan merujuk masalah tersebut kepada Pengurus Stesen KTMB yang menjaga laluan tersebut.

“Saya berharap semua pihak tidak bersikap sambil lewa seperti kata peribahasa jangan sampai sudah terhantuk baru hendak tengadah,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI