fbpx

Pencemaran Sungai Batang Benar disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
S. Veerapan

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI

SEREMBAN: Punca pencemaran sungai di Batang Benar, Nilai hingga menyebabkan gangguan bekalan air di Selangor masih belum diketahui.

Pengerusi Jawatan Kuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S. Veerapan berkata, pihaknya masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Badan Kawal Selia Air (BKSA) negeri.

“Mengikut siasatan setakat malam tadi, Pengarah JAS negeri, Azuri Azizah Saedon memaklumkan punca pencemaran masih belum diketahui dan setakat ini, ia adalah berdasarkan andaian.

“Pertama, pencemaran berkemungkinan dari ladang itik di Kuala Sungai Pajam, bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Selangor, leachate dari tapak pelupusan Pajam dan seterusnya dari kawasan industri Nilai 2 iaitu mungkin dari kilang memproses telur ayam,” katanya sini tadi.

Beliau berkata punca sebenar pencemaran masih dalam siasatan dan pihak berkepentingan telah berada dilokasi di Batang Benar untuk melihat dan akan mengadakan perbincangan tindakan susulan.

Semalam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran operasi dua Loji Rawatan Air (LRA) dihentikan akibat insiden pencemaran di LRA itu.

Dua LRA terlibat ialah LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semalam dipetik sebagai berkata punca pencemaran dikesan di Sungai Batang Benar, iaitu sejauh 30 kilometer daripada LRA Sungai Semenyih.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI