fbpx

Pemandu van tidak sedar bawa ketulan ganja mampat 136kg

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang askar menunjukkan kotak berisi ganja mampat di dalam sebuah van di daerah Mae Sot, wilayah Tak di Thailand hari ini. - Foto: Assawin Pinitwong/Bangkok Post

BANGKOK – Sekumpulan anggota pengawal sempadan Thailand berjaya mematahkan satu cubaan penyeludupan ganja mampat seberat 136 kilogram di wilayah Tak, lapor portal berita Bangkok Post hari ini.

Dadah itu ditemui di dalam sebuah van Toyota berwarna putih yang cuba menyeberangi kawasan sempadan dari daerah Mae Sot, Tak ke bandar Myawaddy di Myanmar.

Van dengan nombor pendaftaran Myanmar itu ditahan di pos pemeriksaan keselamatan di hadapan Jambatan Kedua Persahabatan Thai-Myanmar di Ban Wang Takhian Tai, Tha Sai Luat di Mae Sot.

Menurut laporan, van itu membawa muatan sejumlah kotak dengan setiap satu diisytihar berisi tong minyak enjin.

Semasa disoal, pemandu van itu Maung Mo Win, 35, memberitahu anggota bertugas bahawa kotak itu mengandungi ayam beku.

Anggota pengawal sempadan berasa curiga lalu melakukan pemeriksaan dan menemui 136 ketulan ganja mampat dengan setiap satu seberat satu kilogram.

Pemandu itu mendakwa dia mengambil kotak-kotak tersebut daripada seorang lelaki bernama Mutin di kampung Moo 1, Tha Sai Luat. Kiriman itu sepatutnya dihantar kepada seorang individu di Myawaddy.

Mo Win menyatakan dia tidak tahu kotak-kotak itu berisi dadah marijuana. Dia dibawa ke Balai Polis Mae Sot untuk tindakan selanjutnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI