fbpx

Newcastle bukan menang nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINT-MAXIMIN (kiri) menjaringkan gol cantik selepas gerakannya berjaya mengelirukan empat pemain Burnley pada aksi EPL di St. James Park awal pagi semalam. – AFP

NEWCASTLE – Pengurus Newcastle United, Steve Bruce me­nyifatkan, kemenangan 3-1 ke atas Burnley pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di St. James Park awal pagi semalam telah berjaya menutup mulut pengkritik-pengkritiknya.

Bruce, 60, bengang dengan dakwaan media England yang melabel beliau hanya bergantung kepada nasib untuk melakar kemenangan dan meraih keputusan positif setakat ini.

Bagaimanapun, kemena­ngan ke atas Burnley awal pagi semalam secara tidak langsung mula membuka mata semua pihak yang sering mencemuh corak permainan diterapkan Bruce.

“Minggu ini, kami semua berdepan kritikan serta cemuhan selain dikatakan cuma menang nasib. Saya amat gembira dengan kemenangan ini. Saya harap ia dapat menutup mulut para pengkritik,” kata Bruce.

Dua gol Callum Wilson dan satu daripada Allan Saint-Maximin melonjakkan Newcastle ke tangga keenam EPL hasil dua kemenangan, satu seri dan satu kekalahan dalam empat perlawanan liga setakat ini.

Sementara itu, Bruce yang pernah beraksi lebih daripada 300 penampilan bersama Manchester United, berharap Saint-Maximin akan terus cergas kerana kehadirannya mampu membantu Newcastle meraih banyak keputusan positif musim ini.

“Sekiranya Saint-Maximin kekal cergas, dia mampu membuatkan pemain lawan tidak senang duduk dengan gaya permainannya. Dia boleh lakukan apa yang pemain lain tidak mampu,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI