fbpx

Lelaki tunggang motosikal curi diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa motosikal yang dipercayai dicuri lelaki di Balai Polis Jementah, Segamat hari ini.

SEGAMAT – Tindakan seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC disyaki dicuri akhirnya mengundang padah apabila dia ditahan polis di Bandar Jementah, di sini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, lelaki tempatan berusia 30-an itu ditahan apabila polis mendapati nombor enjin motosikal ditungganginya dipotong dan casis yang sudah di guris.

Menurutnya, ekoran gerak-geri yang mencurigakan, suspek kemudiannya diperiksa anggota polis yang sedang melakukan rondaan di kawasan berhampiran sebuah bank di Bandar Jementah kira-kira pukul 7 petang.

“Suspek ditahan setelah gagal memberikan keterangan terhadap pemilikan motosikal jenis Yamaha 135LC biru putih yang ditungganginya, hasil pemeriksaan awal juga mendapati motosikal tersebut turut menggunakan beberapa komponen curi yang telah diubah suai.

“Kami sedang melakukan semakan nombor pendaftaran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan berkerjasama dengan Jabatan Forensik bagi siasatan lanjut,” dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Raub berkata, suspek yang tiada perkerjaan tetap itu juga di tahan reman selama tujuh hari dan didapati memiliki sekurang-kurangnya lima kes lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Pihak polis turut memohon kerjasama masyarakat setempat untuk sentiasa menyalurkan maklumat bagi memastikan persekitaran perumahan sentiasa dalam keadaan selamat. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI