fbpx

Leeds bukan pasukan ‘cap ayam’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RODRIGO (kiri) meraikan jaringannya selepas meledak gol penyamaan ke atas City pada aksi EPL awal pagi semalam. - AFP

LONDON – Pemain pertahanan Leeds United, Kalvin Phillips mengakui, cukup teruja de­ngan persembahan dipamerkan rakan-rakan sepasukannya selepas berjaya mengikat Manchester City 1-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Elland Road awal pagi semalam.

Rekod pembelian termahal Leeds, Rodrigo Moreno berjaya meledak jaringan penyamaan dalam babak kedua untuk memadam kelebihan gol awal City yang diperoleh menerusi Raheem Sterling pada minit ke-17.

Philips menjelaskan, keputusan itu adalah bukti kepada ke­sungguhan dan kerja keras ditunjukkan barisan pemain Leeds sepanjang tempoh 90 minit selain turut memiliki peluang ke­emasan untuk menja­ringkan gol kemenangan.

“Kunci kejayaan kami adalah kerja keras sebagai satu unit dan itulah yang dibuktikan pada perlawanan ini apabila pasukan mudah mematahkan serangan pihak lawan.

“Malah, kami juga mempu­n­yai beberapa peluang yang baik dalam babak kedua. Jadi, saya percaya mentaliti serta semangat juang tinggi yang ditunjukkan telah membuahkan hasil apabila kami tidak tewas dalam perlawanan ini,” katanya.

Sementara itu, pengurus Leeds, Marcelo Bielsa memuji aksi yang dipamerkan barisan pemainnya dan mendakwa mereka layak mengikat skuad kendalian Pep Guardiola tersebut.

“Ia bukanlah aksi yang mudah khususnya pada awal sai­ngan yang mana pemain terlalu menghormati pasukan lawan. Namun, situasi berbeza dalam babak kedua dan saya sangat berbangga dengan keseluruhan prestasi dipamerkan semua pemain,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI