fbpx

Kerajaan dicadang beri bantuan RM500 kepada mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO mencadangkan kerajaan memberi bayaran one-off sekurang-kurangnya RM500 kepada semua pelajar universiti yang terkesan dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bayaran itu bagi mengurangkan bebanan mereka yang telah mengeluarkan belanja awal termasuk kos pengangkutan dan pendahuluan rumah sewa sebelum terpaksa akur dengan keputusan KPT menangguhkan kemasukan pelajar ke kampus bagi sesi akademik Oktober ini.

“Walaupun KPT mempunyai justifikasi kukuh untuk tidak mahu mengambil risiko dengan penularan wabak Covid-19 ketika ini, namun keputusan di saat akhir hakikatnya telah memberi kesan kepada sebahagian besar mahasiswa.

“Pemuda UMNO menyarankan agar pihak KPT dapat membawa cadangan ini dalam Mesyuarat Kabinet minggu ini agar dipertimbangkan cadangan bagi mengurangkan bebanan pelajar dan keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI