fbpx

Janji Syifa untuk keluarga Safawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syifa Melvin

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan kosmetik, Syifa Melvin membuktikan rasa cintanya apabila berjanji akan menjaga keluarga Safawi Rasid selepas pemain bola sepak itu berlepas ke Portugal malam kelmarin.

Janji itu ditulis Syifa atau nama sebe­nar­nya, Nur Syi­fa Athirah Ami­rol Mel­vin, 26, da­lam satu ciapan di aka­un Twitternya semalam.

“Jangan ri­­sau, saya akan menja­ga keluarga awak se­perti yang sudah dijanjikan.

“Semoga ber­jaya walau di mana awak berada. Harap awak tahu yang saya sentiasa mendoakan kejayaan awak,” tulisnya.

Ujar pemilik bersama jenama kosmetik Kekasih itu, dia berharap pemain berusia 23 tahun tersebut akan terus berusaha untuk lebih berjaya pada masa depan.

“Saya sentiasa mahu melihat awak berada pada tahap yang lebih tinggi pada masa akan datang.

“Kekal fokus dan semoga Allah S.W.T melindungi awak,” kata Syifa.

Dalam pada itu, Syifa dilihat turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam kelmarin bagi mengiringi ayam tambatan Harimau Selatan tersebut.

Syifa (empat dari kanan) bergambar dengan Safawi (lima dari kanan) sebelum pemain bola sepak itu berlepas ke Portugal di KLIA, Sepang malam kelmarin.

Safawi akan berlepas ke Portugal untuk menyertai kelab utama Liga Premier, Portimo­nense SC secara pinjaman selama semusim.

Terdahulu, pada Mac lalu, Syifa pernah dikecam netizen dan dilabel sebagai kaki kikis selepas menerima beberapa ha­diah mewah seperti telefon bimbit berjenama Iphone Pro Max dan beg tangan berjenama Louis Vuitton daripada Safawi.

Adik Sya­tilla Melvin itu pernah dikatakan menjadi punca p­restasi Safawi me­rudum selepas mengajak pemain Johor Daru Ta’zim berkahwin tahun ini.-K! ONLINE

Artikel berkaitan : Safawi ke Portugal untuk bukti kemampuan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI