fbpx

Istana Negara beri amaran kepada penyebar berita palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istana Negara

KUALA LUMPUR – Istana Negara memberi amaran tidak akan teragak-agak melaporkan sebarang berita palsu yang disebarkan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dan institusi tersebut.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, institusi itu memandang serius terhadap kenyataan tidak benar oleh beberapa individu kepada media yang menggunakan nama dan menyebarkan foto-foto Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Istana Negara melalui aplikasi WhatsApp.

“Tindakan yang tidak bertanggungjawab sedemikian bukan sahaja mencemarkan kredibiliti Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Istana Negara, malah boleh menimbulkan kegusaran rakyat serta menggugat ketenteraman dalam negara dari pelbagai sudut.

“Sehubungan dengan itu, Istana Negara, jika mendapati perlu, tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) begitu juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan lanjut di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, Istana Negara turut menyarankan rakyat agar tidak mudah panik dan percaya dengan berita palsu yang tersebar.

Selain itu, Istana Negara turut menyarankan agar berita-berita palsu ini tidak dikongsi bersama untuk mengelakkan tindakan oleh pihak PDRM dan SKMM. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI