fbpx

Hishammuddin kembali ke pejabat selepas tamat 14 hari kuarantin wajib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelang pink Hishammuddin yang dipotong selepas diberi pelepasan tamat tempoh Kuarantin Wajib dan bebas Covid-19.

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR

PUTRAJAYA – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan kembali bertugas di Wisma Putra, esok selepas tamat kuarantin wajib hari ini.

Hishammuddin menerusi hantaran di Facebooknya berkata, beliau menerima surat ‘Pelepasan Dari Menjalani Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman Bagi Kontak Terdekat Jangkitan (COVID-19) Di Bawah Seksyen 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342)’ dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan yang dijalankan mendapati status kesihatannya memuaskan sekali gus memberikan surat perlepasan berkenaan.

“Sebelum ini, saya diarahkan Kementerian Kesihatan agar menjalani kuarantin wajib di kediaman sendiri kerana saya salah seorang kontak rapat kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah untuk Dewab Undangan Negeri (DUN) Pitas, Sufian Abdul Karim.

“Sehingga semalam, saya telah melalui ujian saringan Covid-19 sebanyak tiga kali iaitu pada 22 September, 28 September dan 4 Oktober lalu dan kesemua ujian negatif,” katanya.

Katanya, dengan pengesahan ini, beliau akan kembali menjalankan tugas-tugas di pejabatnya di Wisma Putra, Putrajaya seperti sedia kala bermula esok.

Hishammuddin berkata, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kementerian Kesihatan dan semua petugas yang membantunya sebaik mungkin sepanjang tempoh menjalani kuarantin.

“Marilah kita sama-sama doakan, semoga urusan mereka dipermudahkan dan negara kita segera bebas daripada wabak ini. InsyaAllah,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI