fbpx

Gergasi Merah temui sentuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FEICHTENBEINER gembira anak-anak buahnya mula memahami corak permainan transition football hingga meraih kemenangan besar ke atas PDRM 7-0 pada aksi Liga Super kelmarin.

SELEPAS dua minggu menggalas tugas jurulatih sementara Sela­ngor, Michael Feichtenbeiner mengakui skuadnya mula memahami corak permainan transition football yang diterapkan.

Kenyataan itu dibuktikan menerusi aksi mantap ditampilkan pemain-pemain Gergasi Merah ketika membelasah PDRM 7-0 pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Kuala Lumpur, Cheras malam kelmarin.

Pada aksi itu, Sean Selvaraj dan Ifedayo Olusegun masing-masing menjaringkan dua gol, manakala tiga lagi dijaringkan Brendan Gan, Safuwan Baharudin dan Rufino Segovia.

“Dua aksi yang saya kendalikan setakat ini sudah jaringkan 10 gol. Inilah DNA bola sepak yang saya cuba terapkan ke dalam corak permainan Selangor.

“Falsafah bola sepak saya berteraskan corak permainan menyerang serta transition football dan ia bagus untuk pemain yang memiliki mentaliti sera­ngan,” kata Feichtenbeiner yang mengambil alih pasukan daripada B. Sathianathan.

Jurulatih Jerman itu mengakui bimbang dengan aksi longlai yang ditampilkan pemain-pemainnya pada awal separuh masa kedua, namun sedia mencari jalan penyelesaian masalah tersebut.

“Kami sering berdepan masalah pada 15 minit pertama separuh masa kedua. Jika berdepan pasukan kuat, kami mungkin mengundang masalah dan bolos satu atau dua gol.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI