KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Covid-19.
Melalui ciapan di laman sosial Twitternya sebentar tadi, beliau menyatakan kini sedang menjalani rawatan seperti diarahkan Kementerian Kesihatan dan kesihatannya adalah baik.
“Saya seru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 dengan segera,” tulisnya.
Beliau mendoakan semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. – K! ONLINE