fbpx

Denda RM8,000 sembur kera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan monyet malang yang disembur dengan pewarna.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang warga emas lelaki yang menyembur cat pada seekor kera membawa padah apabila dia didenda RM8,000 oleh Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Tertuduh, Sanusi Bajuri, 67, mengaku bersalah sejurus pertubuhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Sanusi dituduh melakukan kesalahan tersebut kira-kira pukul 4.40 petang di sebuah premis di alamat Kampung Sri Bunian, Batu 33, Jalan Johor, Pontian, 1 April lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM8,000 atau tiga bulan penjara jika gagal membayar atas kesalahan dengan sengaja menyebabkan kesakitan terhadap seekor kera (Macaca fascicularis) iaitu hidupan liar yang dilindungi di bawah Jadual Pertama Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].

Kesalahan yang dilakukan adalah di bawah Seksyen 86(1)(f) yang boleh dikenakan penalti tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak lebih daripada RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Kes ini pernah menjadi tular di Facebook apabila tersebarnya video seorang individu telah mengecat seekor kera di dalam sangkar.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Aniz Aniza memuat naik gambar seorang kera yang kepalanya disembur cat hijau manakala badannya disembur cat merah yang terkurung dalam sangkar besi.

Setelah tindakan tersebut dikecam teruk oleh netizen, Aniz Aniza mempertahankan dirinya dengan menjelaskan perbuatan itu adalah cara bagi menghalau kera di kampung. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI