fbpx

Beberapa kawasan sekitar Kota Kinabalu banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kenderaan di kawasan kedai di Giling Centre berhampiran Taman Rugading, Tuaran ditenggelami banjir.

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Beberapa lokasi sekitar ibu negeri Sabah ditenggelami banjir kilat ekoran hujan lebat sejak lewat malam tadi.

Antara lokasi terjejas termasuklah sekitar Taman Telipok Jaya, Taman Telipok Ria, Kampung Lokub, Kampung Lorong Pulau, Manggatal dan Kampung Kaulan dan Kampung Rugading, Tuaran.

Air banjir dikatakan mula melimpah ke jalan raya utama sehingga turut menenggelamkan kenderaan yang diletakkan di kawasan berdekatan selain bangunan kedai turut ditenggelami banjir.

Hujan lebat serta banjir di sekitar bandar raya turut menyebabkan beberapa jalan utama mengalami kesesakan teruk.

Keadaan cuaca ketika ini masih hujan dan tidak menunjukkan sebarang tanda akan berhenti.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) , Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika dihubungi turut mengesahkan kejadian banjir di beberapa lokasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI