JOHOR BAHRU – Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak sulungnya, Jun lalu.
Tertuduh yang berusia 41 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob.
Mengikut kertas pendakwaan, tertuduh didakwa merogal anak perempuan kandungnya berusia 17 tahun di sebuah rumah di Pontian dekat sini pada pukul 11 pagi, 28 Jun 2020.
Dia didakwa mengikut 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa.
Wan Mohd. Norisham kemudiaannya membuat keputusan tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin.
Mahkamah menetapkan 23 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan perubatan, kimia serta tertuduh melantik peguam bela.-K! ONLINE