fbpx

Ahli perniagaan ditahan langgar perintah kuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan yang memakai gelang merah jambu ditahan di kawasan lot kedai Damansara Damai di sini semalam, susulan melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) Covid-19.

Bertindak atas maklumat anggota polis peronda Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya menahan lelaki berusia 63 tahun itu pada pukul 11.43 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil pemeriksaan mendapati lelaki itu melilit kain putih di pergelangan tangannya bagi menutup gelang merah jambu tersebut.

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu baru pulang dari Sabah dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober depan.

“Lelaki itu berasal dari Sabah dan datang ke Semenanjung susulan mempunyai urusan perniagaan,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI