fbpx

Adik pukul kakak kerana berebut telefon bimbit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pekerja am memukul kakaknya dengan kasut keselamatan kerana berebut telefon bimbit di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang, Kemaman pada kelmarin.

Oleh NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN

KEMAMAN – Gara-gara berebut telefon bimbit, seorang pekerja am tergamak membelasah kakaknya di Kampung Pengkalan Cicar, Bukit Kuang di sini pada kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 11 pagi itu, remaja perempuan berusia 18 tahun yang juga bekerja sebagai pekerja am di sebuah hospital cedera di bahagian tangan selepas dipukul adik lelakinya.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, kejadian berpunca selepas mangsa meminta semula telefon bimbitnya yang telah dipinjamkan sebelum ini.

“Suspek yang merupakan remaja lelaki berusia 17 tahun berang dengan permintaan kakaknya itu sebelum didakwa bertindak ganas memukul mangsa dengan menggunakan topi keledar dan kasut keselamatan.

“Serangan itu menyebabkan remaja perempuan tersebut mengalami kecederaan di bahagian tangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mangsa yang bimbang keselamatannya telah membuat laporan di balai polis berhampiran.

Beliau berkata, adik mangsa telah ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan tidak lama kemudian. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI