fbpx

300 kali ditahan polis, lelaki jadi buntu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Seorang lelaki mendakwa menjadi mangsa perkauman kerana ditahan dan diperiksa polis tanpa sebab hampir 300 kali sejak berumur 11 tahun.

Nathaniel James, 33, dari Chelmsley Wood, bandar Solihull, Midlands Barat di England meluahkan rasa kecewa kerana sering diperiksa polis.

Dia mendakwa tiada rekod jenayah dan percaya kerap diperiksa kerana faktor warna kulitnya, lapor portal berita Birmingham Live.

“Saya masih ingat kali pertama ditahan dan diperiksa polis semasa berumur 11 tahun atas alasan disyaki menyembunyikan senjata berbahaya.

“Sejak itu, saya kerap menjadi sasaran polis tempatan. Dalam tempoh sehari, saya akan ditahan dan diperiksa sebanyak tiga hingga empat kali oleh anggota berbeza,” dakwanya.

Lelaki yang berkhidmat bersama Persatuan Belia Stop And Search menyimpan semua resit yang dikeluarkan polis selepas dia sudah diperiksa.

“Saya tidak faham mengapa saya menjadi sasaran utama sedangkan saya seorang rakyat yang patuh, tiada rekod jenayah dan sentiasa beri kerjasama.

“Saya pasti ini berkait de­ngan warna kulit hitam,” katanya.

James dan ibunya turut membuat aduan di balai polis berhubung perkara itu.

Wakil Jabatan Polis Midlands Barat menegaskan prosedur pemeriksaan seseorang individu mencurigakan adalah salah satu langkah paling berkesan membendung jenayah di kawasan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI