fbpx

2 kanak-kanak ditemui mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di Taman Sutera, Kajang hari ini.

KAJANG – Dua kanak-kanak ditemui mati lemas di dalam kolam tadahan air hujan di Taman Sutera di sini petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Nur Farisah,10, manakala seorang lagi Mohd. Rayan Ikram,8 tahun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 5.05 petang dan tiba di lokasi 16 minit kemudian.

Katanya, sebaik tiba pihak bomba dapati dua mangsa itu diselamatkan orang awam dengan membawa naik mereka di tebing.

“Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan awal resusitasi kardiopulmonari (CPR).

“Bagaimanapun, kedua- duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya.

Mayat dua kanak-kanak itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI