fbpx

100 murid sekolah di Ampang jalani ujian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Murid terlibat menunggu giliran menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang pagi ini.

SEMENYIH – Kira-kira 100 murid di sebuah sekolah kebangsaan dekat Ampang dibawa menjalani ujian saringan Covid-19 di Klinik Kesihatan Beranang dekat sini hari ini.

Bapa salah seorang bapa murid berkata, murid dari tiga buah kelas itu diarahkan menjalani ujian saringan selepas salah seorang guru lelaki sekolah tersebut disahkan positif Covid-19.

“Ibu bapa mengetahui perkara ini semalam dan kami diminta oleh pihak kesihatan membawa anak kami menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Beranang.

“Murid yang dibawa ke sini dari tiga kelas. Mereka menjalani ujian saringan kerana guru lelaki itu mengajar kelas terbabit,” kata lelaki berusia 38 tahun tersebut ketika ditemui Kosmo! di Klinik Kesihatan Beranang pagi ini.

Kosmo! bagaimanapun difahamkan sesi persekolahan di sekolah itu tetap berjalan seperti biasa kerana tiada arahan penutupan sekolah dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan negeri.

Perkara itu dimaklumkan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan kepada ibu bapa melalui satu hantaran Whatsapp yang dilihat Kosmo!.

Pihak sekolah bagaimanapun dimaklumkan akan melakukan langkah-langkah pencegahan dan sanitasi kawasan sekolah itu hari ini.

Ibu bapa diminta tidak panik dan mereka yang keberatan menghantar anak ke sekolah diminta memaklumkan kepada guru kelas anak masing-masing. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI