fbpx

Warga emas dibuli, lebam dilastik remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAN BIDAH menunjukkan tangan kirinya yang lebam akibat dilastik dua lelaki di Bekelam, Bachok.

Oleh ROHANA MOHD. NAWI

BACHOK – Polis menahan empat remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Suprintendan Samsulmuddin Sulaiman berkata, empat remaja berkenaan akan direman di Mahkamah Pasir Puteh di sini hari ini.

Katanya, dua remaja yang juga anak sepupu mangsa berusia 16 dan 18 tahun telah menyerah diri di IPD Bachok pukul 2.30 petang.

“Manakala dua lagi lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk pera­kam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada pukul 5.30 petang,” katanya

Dalam pada itu, warga emas berkenaan, Wan Bidah Wan Deraman, 67, yang menjadi mangsa buli di Banggol Pauh, Bekelam di sini sehingga videonya tular di media sosial mendakwa dia mengalami lebam dan sakit pada bahagian le­ngan selepas dilastik dua remaja.

Tangkap layar video yang menunjukkan seorang lelaki cuba menendang Wan Bidah.

Bercerita lanjut, Wan Bidah, yang juga ibu tunggal membe­ritahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam Rabu lalu ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumahnya seorang diri.

Katanya, dia didatangi kira-kira enam remaja termasuk anak sepupunya yang cuba menendang dan melastiknya.

“Saya menjerit sekuat-kuatnya merayu agar mereka tidak mela­stik saya kerana bimbang mata menjadi buta,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.

Wan Bidah berkata, rayuannya tidak diendahkan malah dua daripada remaja berkenaan semakin agresif me­lastiknya dengan batu dan terkena lengan kiri.

“Saya kemudian cuba memukul kumpulan lelaki itu de­ngan menggunakan payung sebelum terus melarikan diri.

“Saya sering diganggu kumpulan yang sama dan kini trauma untuk keluar bersendirian,” ujarnya.

Katanya, dia telah membuat laporan polis demi keselamatan dirinya di IPD Bachok kira-kira pukul 8 malam kelmarin.

Kelmarin, tular video berdu­rasi 30 saat di laman sosial yang memaparkan sekumpulan remaja lelaki tergamak mengganggu dan membuli seorang wanita warga emas sehingga dia terpaksa melarikan diri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI