fbpx

Spurs keletihan ekoran jadual padat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HEUNG-MIN (kiri) dijangka diturunkan oleh Mourinho (kanan) bertemu United malam ini jika mencapai tahap kecergasan terbaik. – AFP

LONDON – Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho enggan merungut berhubung jadual padat yang perlu diharungi skuad bimbingannya menje­lang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Manchester United di Stadium Old Trafford malam ini.

Ini kerana Spurs baru sahaja menamatkan perlawanan ketiga mereka dalam tempoh lima hari selepas membelasah Maccabi Haifa 7-2 dalam saingan playoff Liga Europa di Stadium Tottenham Hotspur kelmarin.

Bagaimanapun, Mourinho, 57, menegaskan, beliau sudah penat merungut mengenai isu jadual padat dan menjangkakan anak-anak buahnya akan berdepan isu keletihan menentang bekas kelabnya itu malam ini.

“Saya tidak mahu merungut kerana sudah beberapa kali perkara ini disuarakan. Saya fikir ramai yang akan bersetuju dengan apa yang saya sampaikan, lebih-lebih lagi berhubung situasi semasa kami.

“Mereka (United) hanya beraksi satu perlawanan seminggu dan mendapat lebih banyak rehat. Saya fikir pemain kami yang sudah beraksi sebelum ini mungkin tidak akan diturunkan di Old Trafford nanti,” kata Mourinho.

Pada masa sama, bekas pengendali Real Madrid dan Inter Milan itu tidak menolak kemungkinan penyerang sensasi Korea Selatan, Son Heung-min akan diturunkan malam ini memandangkan kecede­raan dialaminya sebelum ini tidak serius.

“Saya tidak mahu tipu anda semua dengan mengatakan dia (Heung-min) tidak akan beraksi. Dia akan diturunkan jika kecergasannya berada pada tahap terbaik,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI