fbpx

Solskjaer tak minat layan Mourinho

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOLSKJAER (kiri) tidak terpengaruh dengan perang psikologi yang dilancarkan Mourinho (kanan) menjelang pertembungan hangat antara kedua-dua pasukan di Stadium Old Trafford malam ini.

MANCHESTER – Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Manchester United dan Tottenham Hotspur di Stadium Old Trafford malam ini dijangka berlangsung dalam keadaan panas.

Ia selepas pengurus Spurs, Jose Mourinho melemparkan dakwaan mengatakan United hanya bergantung kepada sepakan penalti untuk memenangi mana-mana perlawanan.

Bagaimanapun, pengendali The Red Devils, Ole Gunnar Solskjaer enggan terpengaruh dengan perang psikologi daripada jurulatih dari Portugal itu.

“Kadang-kadang kami mungkin berada dalam situasi yang pelik tetapi ia adalah penambah ‘rasa’ kepada perlawanan-perlawanan itu. Saya sangat terhibur dengan kenyataan beliau (Mourinho).

“Jose (Mourinho) seorang jurulatih yang cukup berkarisma dan sentiasa menghidupkan suasana dalam bola sepak. Saya tidak kisah dengan apa yang beliau katakan sebelum ini,” ujar Solskjaer.

Sementara itu, Solskjaer mendedahkan, kapten United, Harry Maguire mungkin akan disenaraikan dalam kesebelasan utama apabila sudah pulih daripada kecederaan dialami baru-baru ini dan pada masa sama menggesa pasukannya agar menampilkan aksi yang lebih baik.

“Jika kami memperbaiki permainan dalam setiap perlawanan, peluang untuk mencatat kemenangan lebih tinggi. Jadi, saya berharap para pemain harus beraksi dengan lebih baik pada aksi menentang Spurs,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI