fbpx

Rondaan berkala di Kampung Permatang Janggus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pihak polis menasihatkan penduduk Kampung Permatang Janggus, Kepala Batas di sini supaya tidak panik ekoran situasi semasa berkaitan penularan wabak Covid-19 di kawasan terbabit.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, polis akan menjalankan rondaan dari masa ke masa untuk memastikan persekitaran kampung kekal tenang.

Katanya, keadaan persekitaran setakat ini terkawal malah penduduk masih menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 yang dijalankan terhadap murid sekolah Kebangsaan Permatang Janggus.

“Kita tunggu arahan yang bakal dikeluarkan Kementerian Kesihatan berhubung isu ini.

“Pihak polis dan agensi berkaitan akan terus menjalankan rondaan sekitar kawasan ini bagi memastikan matlamat untuk memutuskan rantaian Covid-19 berupaya dicapai.

“Diharapkan penduduk akan terus menjaga keselamatan diri dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati kawasan kampung lengang ekoran penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dan mengawal pergerakan anak masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.

Sementara itu Pengerusi Kariah Masjid Jamek Permatang Janggus, Che Yen Osman, 69, berkata rondaan polis membantu mengurangkan kebimbangan penduduk kampung.

“Setakat ini, kami semua hanya duduk di rumah sekiranya tiada urusan sementara menunggu keputusan ujian saringan Covid-19 murid sekolah terbabit.

“Kita jaga penjarakan fizikal dan jaga keselamatan diri, Insya Allah semuanya akan selamat,” katanya.

Jumaat lalu, hampir 400 murid Sekolah Kebangsaan Permatang Janggus menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang guru wanita sekolah terbabit dikesan positif Covid-19 Khamis lalu.K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI