fbpx

Remaja perempuan cemas tangan tersepit di rim motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit pada rim motosikal di Kampung Bahagian Teluk Intan di sini hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

TELUK INTAN – Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun berhadapan detik cemas apabila tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam kejadian di Sungai Suli, Kampung Bahagia di sini hari ini.

Nur Farisya Mohd. Rawi tersepit antara pergelangan tangan dan siku ketika membonceng motosikal bersama adik perempuannya.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan, Noor Ahmad Mohd. Sarif berkata, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 8.38 pagi.

Katanya, semasa pihaknya sampai, remaja terbabit duduk di atas jalan raya dengan tangan kirinya tersepit antara rim motosikal dan tepi gigi gegancu (sprocket).

“Kejadian berlaku apabila baju labuh yang dipakai remaja itu tersangkut pada rim motosikal hingga menarik sekali lengan baju mangsa.

“Operasi mengeluarkan tangan mangsa mengambil masa kira-kira 15 minit di mana anggota membuka tayar dan memotong rantai motosikal menggunakan peralatan pemotong,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Noor Ahmad, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan melainkan hanya luka kecil di bahagian jari kaki.

Katanya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans Hospital Teluk Intan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi disertai lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan bersama sebuah jentera FRT dan EMRS. Operasi tamat pada pukul 9 pagi,” katanya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI