fbpx

Pusat rawatan, kuarantin Covid-19 diaktifkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adham (tengah) merasmikan Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Kementerian Kesihatan serta-merta mengaktifkan semula semua Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 berisiko rendah di seluruh negara susulan kes virus itu terus menunjukkan peningkatan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, antara fasiliti yang bakal dijadikan pusat tersebut ialah Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) dan premis lain yang digazetkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Namun jika ada pertambahan, kita akan berbincang dengan pusat institut latihan di bawah kementerian lain untuk menempatkan pesakit-pesakit bergejala.

“Sekarang kita mempunyai kapasiti 3,467 katil untuk rawatan Covid-19 di 36 pusat rawatan Covid-19 di hospital seluruh negara dan setakat ini terdapat 907 pesakit di pusat tersebut dengan penggunaan katil sebanyak 26 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutup Sesi Townhall Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti Bagi Mencegah Penularan Covid-19 Bersama Pemimpin Combi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Adham memaklumkan, sejumlah 16,000 sehingga 20,000 sampel Covid-19 diterima sehari susulan peningkatan penularan virus itu di beberapa negeri sejak kebelakangan ini.

Katanya, pertambahan sampel itu susulan pertambahan kes di Sabah, Kedah dan mereka yang pulang dari kawasan berisiko tinggi.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI