fbpx

Peminat risau IU alami insomnia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

RATA-RATA  peminat melahirkan kerisauan selepas pelakon Hotel del Luna, IU mendedahkan masalah gangguan tidur atau imsonia yang dialaminya.

IU atau nama sebenarnya Lee Ji Eun memberitahu, musim insomnianya telah kembali sehingga membuatkan dia tidak tidur selama beberapa hari.

“Musim insomnia kembali dan saya tidak tidur sejak beberapa hari lepas hingga mengakibatkan kehilangan suara.

“Saya harap ada orang akan mengetuk kepala saya dengan kuat ketika ini supaya dapat pengsan dengan segera,” katanya dalam satu rakaman video.

IU juga berharap agar peminatnya tidak terlalu risau dengan keadaannya sekarang kerana semuanya masih dalam keadaan baik.

“Anda memang nampak saya seperti kurang bertenaga tetapi sebenarnya diri dan kesihatan saya masih dalam keadaan baik.

“Saya cuma tidak tidur. Mungkin Masalah imsomnia ini akan lebih baik sekiranya mendapat tidur yang cukup. Jangan risau, saya wanita yang kuat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI