fbpx

Pedofil dihukum penjara 600 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUSCALOOSA, ALABAMA – Seorang pesalah pedofil dikenakan hukuman penjara selama 600 tahun selepas dia didapati bersalah melakukan penderaan seksual ke atas dua orang kanak-kanak di sini, lapor Mirror UK semalam.

Ejen Khas Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Johnnie Sharp berkata, tertuduh Matt­hew Miller, 32, didapati melakukan pornografi kanak-kanak membabitkan dua budak ber­umur bawah lima tahun.

“Jenayah dilakukan Miller bukan sahaja jijik malah me­rampas zaman kanak-kanak mangsa.

“Pesalah dijatuhi hukuman penjara selama 7,200 bulan ke­rana perbuatannya,” menurut laporan Daily Mail yang memetik Sharp sebagai berkata.

Miller dituduh memaksa dua mangsa kecil itu membuat pornografi kanak-kanak, menurut satu kenyataan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Selain itu, Miller turut dituduh memaksa kanak-kanak berkenaan ‘terlibat dalam perbuatan seksual’ untuk penghasilan satu produksi visual.

Dia yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu pada Oktober 2019 kini dijel di Tuscaloosa, Alabama.

Portal Metro UK melaporkan jenayah seks itu berlaku antara tahun 2014 dan 2019, tertuduh mula melakukan perbuatan penderaan itu semasa mangsa berumur empat tahun.

Miller ditahan pada Februari 2019 selepas pihak berkuasa menyerbu rumahnya di bandar Cottondale di Alabama selepas menerima laporan penderaan seksual seorang kanak-kanak.

Semasa serbuan, pihak berkuasa menjumpai sebanyak 102 imej pornografi yang terdiri daripada gambar mangsa.  – Agensi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI