fbpx

Pasar pagi Penaga ditutup mulai minggu depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa menjalankan rondaan sempenaOp Pematuhan SOP-PKPP di pasar pagi Penaga di Kepala Batas di sini hari ini.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Pasar pagi di pekan Penaga, Kepala Batas di sini akan ditutup bermula minggu depan bagi mencegah penularan Covid-19 di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, keputusan itu diambil susulan kegagalan penganjur mematuhi prosedur operasi standard (SOP) menerusi Op Pematuhan SOP-PKPP yang dijalankan kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Notis penutupan pasar terbabit akan dikeluarkan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) esok.

“Difahamkan, pihak Kementerian Kesihatan (KKM) turut akan melakukan pemantauan sejurus selepas pasar ditutup bagi menyekat penularan Covid-19.

“Selain itu, kita turut mengeluarkan dua kompaun terhadap penganjur kerana gagal menyediakan laluan sehala keluar masuk sehingga menyebabkan tiada penjarakan fizikal antara peniaga dan pelanggan,” katanya selepas menjalankan rondaan di pasar terbabit di sini hari ini.

Seramai 35 pegawai dan anggota pelbagai agensi termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), KKM dan MBSP menyertai operasi yang berlangsung hampir dua jam.

Pasar pagi itu yang beroperasi pada setiap Khamis dan Ahad menjadi tumpuan orang ramai terutamanya ketika hujung minggu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI