fbpx

MR.D.I.Y. tawar pelbagai hadiah menarik bernilai RM250,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – MR. D.I.Y. menyambut ulang tahunnya yang ke-15 dengan menganjurkan kempen selama tiga bulan bermula Oktober yang menawarkan pelbagai hadiah menarik selain harga jualan lebih rendah.

Naib Presiden Pemasaran MR. D.I.Y., Andy Chin berkata, sepanjang bulan ini, MR. D.I.Y. menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk produk terpilih di semua cawangan seluruh negara.

“Syarikat juga akan menawarkan pulangan tunai RM3 apabila menggunakan Maybank QRPay di cawangan terpilih,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Menurut Chin, bermula 1 November hingga 31 Disember pula, pelanggan yang menggunakan kad ATM untuk membuat bayaran layak menyertai pe­raduan MyDebit Je Dengan Kad ATM Anda & Menang serta berpeluang membawa pulang lebih dari 300 hadiah menarik bernilai lebih RM250,000.

Ia termasuk hadiah utama sebuah kereta Honda HR-V 1.8L E, tiga unit Yamaha Y15ZR, lima unit iPhone 11 Pro Max (64GB), sepuluh unit televisyen pintar Samsung 50 inci 4K UHD dan 365 hadiah sagu hati baucar tunai MR. D.I.Y. bernilai RM200.

Selain itu, tambah beliau, pe­raduan #MRDIYSuperFans yang sedang berlangsung sehingga 12 November ini akan membo­lehkan pelanggan memenangi hadiah utama iPad Air 64GB selain berpeluang menjadi salah seorang daripada 15 pemenang bertuah untuk dipaparkan di papan iklan digital MR. D.I.Y. di Lebuh raya Damansara Puchong.

Chin menjelaskan, syarikat menghargai kesetiaan dan soko­ngan pelanggan sepanjang tempoh syarikat beroperasi.

MR. D.I.Y. telah membuka cawangan sulungnya pada 2005 di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI