fbpx

Lina tidak mudah mengalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tidak mudah putus asa dengan apa yang berlaku menjadi pegangan hidup Lina.

Oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS

Sejak penularan Covid-19 di Malaysia awal tahun ini, majoriti rakyat Malaysia terkesan dari segi pendapatan sama ada kehilangan kerja atau gaji mereka dipotong majikan.

Perkara itu turut dialami pramugari, Lina Itzmira Heman, 32, yang turut terkena tempiasnya dengan melakukan dua kerja secara sambilan bagi meneruskan kelangsungan hidup.

Bekas graduan Diploma Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadikan bidang pengacaraan dan vloggers sebagai bidang baharu dalam mengetengahkan lagi bakat terpendamnya selama ini.

Ikuti kisah gadis ini bagaimana beliau mengharungi pahit je­rih kehidupannya ketika zaman pandemik ini demi sesuap nasi.

Lina jadi pramugari kerana suka terbang
ke awan biru selain ingin membalas jasa ibu
bapa.

Kosmo! Ahad: Me­ngapa pilih kerjaya pra­mugari sebagai sumber rezeki?
Lina: Kerana dapat terbang di awan biru selain mahu membalas jasa ibu bapa dengan memberikan tiket penerba­ngan percuma kepada mereka.

Apakah cabaran sepanjang menjadi pramugari?
Menerangkan kepada penum­pang apabila berlakunya penundaan terhadap jadual pe­nerbangan, juga mengawal dan mententeramkan emosi penum­pang.

Selain itu?
Seorang yang bekerja dalam bidang penerbangan ini perlu menepati masa, bagi memastikan operasi penerbangan dapat berjalan lancar serta jadual pe­nerbangan tidak tertunda.

Adakah kerjaya anda terkesan dengan pandemik Co­vid-19?
Ya kerana orang sudah ti­dak menaiki pesawat dan men­je­jaskan pendapatan syarikat.

Bagaimana anda meneruskan kelangsungan hidup?
Saya mengambil keputusan membuat blog video (vlog) bagi menjana pendapatan saya de­ngan kelengkapan seperti ka­me­ra dibeli oleh bapa saya.

Apa jenis vlog yang anda buat?
Vlog yang saya buat adalah vlog lebih kepada mempromosikan kedai atau restoran makanan terutama pekerja-pekerja dalam sektor penerbangan yang kehilangan kerja. Saya hendak bantu mereka yang kehilangan sebahagian besar pendapatan seperti saya.

Bagaimana penerimaan ne­tizen terhadap video anda?
Alhamdulillah, saya mendapat reaksi positif dan telah menerbitkan enam video di saluran YouTube saya, Lina Itzmira.

Apa lagi yang anda lakukan selain menjadi vloggers?
Saya menjadi pengacara pada setiap hujung minggu bagi portal perniagaan, JomShopping sejak bulan Julai dengan mempromosikan produk dijual oleh syarikat tersebut.

Apa rahsia Lina untuk ke­kal cergas me­lakukan semua kerja ini?
Saya meng­a­mal­kan intermit­tent fasting (ti­­dak makan da­­lam tempoh yang lama) selama 16 jam sehari dan tidak ke­rap me­ngambil makanan ma­nis.
Sekiranya tiada ja­dual penerbangan melibatkan saya, berjoging menjadi amalan saya.

Apa nasihat Lina kepada mereka yang kehilangan kerja ketika ini?
Apapun yang me­nimpa, jangan putus asa. Peluang tidak akan selalu datang kepada kita tetapi sebaliknya kita yang perlu mencari pe­luang itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI