fbpx

Lelaki bergelang merah jambu ditahan makan di restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan ketika sedang menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

KUALA LUMPUR- Seorang lelaki yang memakai gelang berwarna merah jambu ditahan ekoran disyaki melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak jangkitan penyakit Covid-19 di Bandar Tasik Puteri, Rawang semalam.

Lelaki berusia 52 tahun itu ditahan sepasukan polis ketika sedang menikmati makanan di sebuah restoran berdekatan rumahnya kira-kira pukul 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan arahan kepada suspek untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 3 hingga 16 Oktober depan.

“Ujian saringan Covid-19 telah dibuat terhadapnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, namun keputusan masih belum diterima.

“Proses reman terhadapnya akan di buat hari ini dan ia akan dibuat di sebuah bilik khas yang disediakan di Ibu Pejabat Daerah Gombak,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang menyebabkan penyakit merebak dan membahayakan nyawa. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI