fbpx

KKCK sasar lebih 300 penderma darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi KKCK Pui Tiong Lam(tiga kiri) bersama ahli kelab KKCK menunjukkan poster Jom Derma Darah selepas sidang akhbar semalam.

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Kelab Kebajikan Cakna Kelantan (KKCK) bersama Persatuan Muslim Cina Malaysia Kelantan menyasarkan lebih
300 penderma akan menderma darah sempena Sambutan Menderma Darah Peringkat Negeri bertempat di ruang legar pusat membeli belah KB Mall di sini pada 16 Oktober depan.

Pengerusi KKCK, Pui Tiong Lam berkata, ia merupakan satu usaha membantu tabung darah di hospital dan pihaknya berharap orang ramai dapat menderma darah untuk mengumpul sebanyak 300 beg atau hanya 350 hingga 450 mililiter (ml).

“Kita mengambil inisiatif sedemikian kerana sebelum ini dua program sama pernah diadakan pada Jun tahun lalu dan Jun tahun ini sehingga berjaya mengumpul hampir 300 beg.

‘Ini adalah program yang ketiga dalam usaha membantu pihak hospital untuk menampung tabung bekalan darah sebagai persiapan awal, katanya pada sidang akhbar di Hotel Grand River View di sini semalam.

Menurut Tiong Lam, program bersama Hospital Raja Perempuan Zainab II , Hospital Tumpat dan Hospital Pasir Mas dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) diharap dapat mencapai matlamat dalam membantu pesakit yang memerlukan darah.

Katanya, tanpa kerjasama semua pihak bekalan darah mungkin tidak mencukupi ditambah pula negara dilanda Covid-19.

“Satu beg mampu menyelamat tiga nyawa pesakit yang memerlukannya pada bila-bila masa sahaja.

“Program ini turut menyediakan baucer petrol bernilai RM20 kepada 200 yang terawal menderma darah, cabutan bertuah melibatkan barang elektrik seperti mesin basuh dan kipas serta hamper,”katanya.

Tambah Tiong Lam, selain itu penganjur juga menyediakan baucer penginapan untuk dua orang di Hotel Perdana, Hotel Grand Renai dan Hotel Grand River View.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI