fbpx

Ebit Lew sewa bas bantu penuntut IPT terkandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew (kiri) menyewakan bas bagi membantu penuntut UPSI yang terkandas untuk pulang ke kediaman masing-masing di Pantai Timur hari ini.

KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib penuntut universiti, pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewakan bas bagi membantu membawa pulang puluhan penuntut yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.

Ebit Lew melalui hantaran di laman Facebooknya memberitahu setakat ini, sebuah bas telah disewakan untuk penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang mahu pulang ke Pantai Timur.

“Sayu ramai penuntut mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online.Ramai juga yang baru daftar. Sayu dan kasihan sangat pada mereka.

“Ramai lagi saya akan aturkan dari UiTM (Universiti Teknologi Mara), UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia) dan banyak lagi,” katanya.

Difahamkan perkhidmatan itu diberikan secara percuma kepada penuntut yang terkandas.

Terdahulu, pada petang tadi Ebit Lew menerusi laman Instagramnya meminta mana-mana penuntut yang terkandas dan memerlukan bantuan untuk pulang semula ke rumah untuk menghubunginya.

Perkara itu susulan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kepada semua IPT bagi menangguhkan terlebih dahulu pendaftaran secara fizikal atau bersemuka bagi penuntut baharu dan lama untuk kemasukan ke kampus pada bulan ini.

Keputusan itu katanya perlu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan semua pihak susulan peningkatan kes Covid-19 ketika ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI