fbpx

309,605 pengguna terjejas LRA Sungai Semenyih, Bukit Tampoi henti tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR-Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran air mentah di Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah ke loji-loji ini.

Ekoran henti tugas itu, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) memaklumkan, seramai 309,605 akaun pengguna di 273 kawasan akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 4 wilayah iaitu wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang.

“Air Selangor telah melaporkan insiden ini kepada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan tindakan untuk mengenal pasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih sedang giat dijalankan.

“Pada masa ini pihak kami masih belum dapat menjangkakan tempoh masa pengoperasian semula loji dan pemulihan bekalan,” menurut Air Selangor dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

Syarikat itu juga telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menggiatkan bantuan kepada pengguna-pengguna yang terjejas ekoran insiden tersebut. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI