fbpx

Pesara rugi RM49,490 ditipu Macau Scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang pesara wanita kerugian RM 49,490 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pegawai polis kononnya mangsa terbabit dengan pengubahan wang haram di Kepala Batas, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian bermula apabila mangsa berusia 70-an menerima panggilan daripada seorang lelaki dari Pejabat Pos Seremban, Negeri Sembilan.

Dakwa lelaki itu,  terdapat barang pos yang di dalamnya mengandungi lapan kad pengenalan.

“Panggilan kemudian disambungkan kepada seorang lagi suspek yang kononnya anggota polis berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban.

“Mangsa dimaklumkan terlibat dengan kes pengubahan wang haram dan kes dadah serta salah seorang suspek yang terbabit telah ditahan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Noorzainy berkata, mangsa kemudiannya mengikut arahan suspek dengan melakukan lima transaksi ke dalam dua akaun berbeza membabitkan wang berjumlah RM 49,490 sebagai wang jaminan.

“Mangsa yang menyedari dirinya ditipu kemudiannya tampil membuat laporan polis untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI