fbpx

Peguam nafi Shuib dan Siti Sarah ditahan SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shuib dan Siti Sarah.

KUALA LUMPUR- Peguam yang mewakili pasangan selebriti popular, Shuib dan Siti Sarah menafikan kedua-dua anak guamnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut peguam berkenaan, Muhammad Fadhli M. Sutris, kedua-dua selebriti itu tidak pernah ditahan SPRM selain tiada permohonan reman dibuat terhadap mereka.

Katanya, kehadiran Shuib dan Siti Sarah ke SPRM hanya sekadar memberi keterangan, malah mereka telah memberi kerjasama penuh sepanjang sesi tersebut.

“Untuk makluman rakaman keterangan beliau telah diambil dan selesai pada hari sama dan kemudiannya dibenarkan pulang setelah selesai proses berkenaan.

“Selain itu, kehadiran Siti Sarah ke SPRM pula hanya sekadar bagi menemani suaminya sahaja,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI