fbpx

Madagascar lancar kapsul Covid-Organics

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kapsul CVO+ ini didakwa mampu merawat jangkitan Covid-19. - AFP

ANTANANARIVO, Madagascar – Presiden Madagascar Andry Rajoelina kelmarin melancarkan minuman herba dalam bentuk kapsul yang didakwa produk untuk pemulihan dan rawatan koronavirus.

Produk yang dinamakan sebagai Covid-Organics itu dihasilkan daripada sejenis tumbuhan herba iaitu artemisia dengan campuran beberapa jenis herba lain.

Bagaimanapun, kesan infusi produk itu belum dibuktikan secara saintifik dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah mengeluarkan beberapa amaran terhadap penggunaan dan pengedarannya.

“Hari ini (kelmarin), kami perkenalkan dunia dengan kapsul mengandungi ekstrak artemisia dan ravintsara, sejenis tumbuhan tempatan yang mana manfaatnya sudah diketahui (pasaran) global.

“Mereka yang berdepan kesukaran menelan infusi (ubat cecair) kini boleh mengambil kapsul CVO+ yang akan dijual di seluruh dunia,” kata Rajoelina di hadapan kilang penghasilan ubat Pharmagalasy di sini.

Rajoelina (kiri) ketika menghadiri majlis pelancaran kapsul CVO+. – AFP

Pharmalagasy mampu mengeluarkan 32,000 kapsul CVO+ sehari dan mempunyai bekalan 275 juta kapsul setakat ini.

Pada majlis itu, wakil negara WHO, Charlotte Faty Ndiaye turut mengucapkan tahniah kepada presiden itu kerana mengetahui ‘perang terhadap pandemik global’.

Lebih suku daripada populasi penduduk 26 juta di Madagascar sudah mengambil minuman tersebut, menurut data kerajaan.

Bagaimanapun, negara itu masih mencatat lebih 16,400 kes Covid-19 dan 232 kematian setakat ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI