fbpx

Liverpool tidak berhak kalah – Klopp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KLOPP menyifatkan kegagalan Liverpool menewaskan Arsenal disebabkan ketumpulan jentera serangan. - AFP

LIVERPOOL – Kekecewaan jelas terpancar pada riak wajah pe­ngurus Liverpool, Jurgen Klopp selepas menyaksikan pasukannya tersingkir daripada saingan Piala Liga ekoran kekalahan 4-5 kepada Arsenal menerusi penentuan sepakan penalti awal pagi semalam.

Pada pusingan keempat yang berlangsung di Anfield itu, kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan sepanjang aksi 90 minit meskipun tuan rumah le­bih banyak melakukan serangan bertali arus ke arah gawang gol The Gunners.

Klopp, 53, mengakui, The Reds adalah pasukan yang lebih layak melangkah ke peringkat suku akhir Piala Liga, namun dikecewakan dengan ketumpulan jentera serangan skuad bimbingannya.

“Jika pemenang ditentukan menerusi aksi 90 minit, sudah tentu kami lebih layak tetapi saya tidak mahu hidup di alam fantasi. Kami perlu menjaringkan gol jika mahu menang.

“Walaupun tewas tetapi saya tetap gembira dengan persembahan semua pemain. Semua orang mengetahui bahawa penentuan sepakan penalti sentiasa bergantung pada nasib semata-mata,” kata Klopp.

Bekas pengendali Borussia Dortmund itu percaya, kemenangan mampu diraih sekiranya pemain-pemain Liverpool memanfaatkan setiap peluang yang terhidang.

“Kelemahan kami hari ini (awal pagi semalam) disebabkan kegagalan pemain menjaringkan gol. Saya perlu terima kekalahan ini kerana keputusan merombak beberapa posisi dalam kesebelasan utama,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI